Jumat, 06 Januari 2012

kapak tumpul

KAPAK TUMPUL - cerita penuh
makna...
Pada zaman dahulu di
sebuah negeri seorang
Raja yang adil telah
mengadakan satu
pertandingan
menumbangkan sebanyak-
banyak
bilangan pokok dalam
tempoh tiga hari. Maka
ramailah para pemuda di
negeri
itu yang berlumba-lumba
untuk menjadi juara. Usop
Gergasi seorang pemuda
rajin lagi gagah perkasa
dijangka menjadi juara. Dia
berkerja keras menebang
pokok dengan sepenuh
tenaganya selama tiga hari
berturut turut tanpa berhenti.
Di hari pertama ia berjaya
menebang 20 pokok, di hari
kedua 7 pokok tumbang di
tangannya.
Di hari terakhir lagi 3 pokok
rebah
menyembah
bumi ...Kesemuanya 30
batang
pokok. Tibalah hari yang
mendebarkan,
jeng-jeng-jeng- .......
sampailah masa
keputusan diumumkan,
Maka .... terperanjatlah
seluruh rakyat
jelata tercengang-
cengang tidak percaya.
Gemparlah kemenangan Mat
Geliga yang
bertubuh sederhana
mengalahkan
Usop Gergasi serta pemuda-
pemuda lain
warga senegerinya.
Bila diusul selidik
dengan saksama
ternyatalah Mat Geliga benar-
benar
berjaya. Kecundanglah
semua yang lain
ditangannya. Bila diteliti
dan
disiasat didapati tiada
sedikit pun unsur
penipuan ..... Mat Geliga
memang
benar-benar berjaya
mengalahkan kesemua
peserta dengan kejayaannya
menebang 60 batang pokok;
20 batang pokok setiap hari.
Maka keesokan harinya
berhimpunlah seluruh
penduduk minta ditunjuk
ajar; ingin tahu rahsia
kemenangan Mat Geliga
mengatasi Usop Gergasi
yang Gagah Perkasa. Mat
Geliga tersenyum lebar
sehingga nampak barisan
giginya yang putih berkilat
juga gusinya yang
kemerahan. Sambil berdiri di
anjung rumahnya, dia pun
berkata ....
"...RAHSIANYA.. Aku
memastikan Kapakku
Sentiasa
TAJAM... ",
maka bertepuk sorak dan
gegak gempitalah
suara penduduk seluruh
negeri...
Dipendekkan cerita....Mat
Geliga akhirnya
menjadi menantu Raja.
Baiklah, secara
jujur Usop Gergasi
sebenarnya boleh
tumpaskan Mat Geliga
sekiranya Usop Gergasi
memastikan kapaknya
sentiasa tajam seperti
tajamnya kapak Mat
Geliga. Walaupun Usop
Gergasi gigih membanting
tulang
empat keratnya dengan
semangat berkobar-kobar
menghayun kapak tanpa
mengenal erti penat namun
hasil kerjanya tak
setimpal, bahkan semakin
hari semakin merosot, dari
20 batang di hari
pertama kepada 7 batang
pokok di hari kedua, dan di
hari terakhir pertandingan
Usop Gergasi cuma
dapat menumbangkan 3
batang pokok sahaja.
Biar saya jelaskan
mengapa produktiviti Usop
Gergasi menjunam…
SEBABnya, ANDA sendiri
pun tahu, Usop
Gergasi TAK 'ASAH'
kapaknya.
Berkerja keras terus
menerus tanpa berhenti
tidak menjanjikan apa-apa
sekiranya KAPAKNYA Tumpul
dan semakin Tumpul.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar